Arwah datukku

Arwah datukku

Sunday, August 2, 2020

Raya Aidil Adha 2020





Sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, kami sambut dengan family di rumah dan juga dirumah Mak bapak di Kampung Sungei Bedaun. Sambutan ala kadar semasa covid 19.


Monday, May 25, 2020

Raya Tahun 2020


Raya tahun ini adalah satu perayaan yang diluar normal kehidupan atau normal hari perayaan. Sambutan cuma diadakan sehari dan bagi keluarga saya, kami pergi kerumah mak ayah bapa waktu pagi selepas sholat raya sekitar jam 8.30 pagi. 

Alhamdulillah, dapat juga beraya dengan adik beradik yang mana sempat dijumpa, kerana pada jam 9.45 pagi kami telah beredar dari rumah mak ayah bagi memberi ruang dan peluang kepada adik beradik yang lain untuk hadir beraya. Ini kerana setiap rumah yang menyambut hari raya cuma dibenarkan mempunyai 20 orang isi rumah dalam satu-satu masa dan tidak boleh lebih dari itu.

Apa pun arahan kerajaan yang baik untuk rakyat, pasti kita akan ikuti dan mudah untuk melakukannya dengan ikhlas, semoga kita semua dilindungi dari penyakit Covid-19 yang melanda negara diketika ini. 

Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.