Arwah datukku

Arwah datukku

Tuesday, April 12, 2022

Satu Hari Yang Pasti Jadi Kenangan

 

Hari ni pada 12 April 2022 sekitar jam 8.30 pagi, hadir ke Pejabat Premier Sarawak untuk menerima cek bagi pihak RSS Wilayah Kuching. Satu ketika dulu, pernah hadir di pejabat PM Najib Razak dan kini sekali lagi berpeluang ke pejabat ketua kerajaan dan kali ini adalah di Pejabat Premier Sarawak. Ianya satu kenangan yang sukar dilupakan, pasti akan menjadi satu kenangan yang terindah di hati.

Wednesday, March 30, 2022

Sunday, August 2, 2020

Raya Aidil Adha 2020





Sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, kami sambut dengan family di rumah dan juga dirumah Mak bapak di Kampung Sungei Bedaun. Sambutan ala kadar semasa covid 19.


Monday, May 25, 2020

Raya Tahun 2020


Raya tahun ini adalah satu perayaan yang diluar normal kehidupan atau normal hari perayaan. Sambutan cuma diadakan sehari dan bagi keluarga saya, kami pergi kerumah mak ayah bapa waktu pagi selepas sholat raya sekitar jam 8.30 pagi. 

Alhamdulillah, dapat juga beraya dengan adik beradik yang mana sempat dijumpa, kerana pada jam 9.45 pagi kami telah beredar dari rumah mak ayah bagi memberi ruang dan peluang kepada adik beradik yang lain untuk hadir beraya. Ini kerana setiap rumah yang menyambut hari raya cuma dibenarkan mempunyai 20 orang isi rumah dalam satu-satu masa dan tidak boleh lebih dari itu.

Apa pun arahan kerajaan yang baik untuk rakyat, pasti kita akan ikuti dan mudah untuk melakukannya dengan ikhlas, semoga kita semua dilindungi dari penyakit Covid-19 yang melanda negara diketika ini. 

Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Monday, January 18, 2016

UPKK Aina


Keputusan UPKK aina, dapat 7A1B. Syukur alhamdulillah.

Keputusan UPSR Zikry


Alhamdulillah, Zikry telah berjaya mendapat 5A untuk UPSR. Semoga akan lebih berjaya selepas ni.

Tuesday, November 18, 2014

Hari Anugerah SK Tanah Putih

 

Tahniah kepada semua anak-anak abah, terutama Aina dan Aishah. Zikry ngan Aiman pun baik setakat ni, syukur alhamdulillah.

Hari Anugerah anak-anak

Open-mouthed smile

Sunday, November 2, 2014

Anugerah sempena sambutan Maal Hijrah 1436/2014

3-11-2014 8-57-52 AM

Program Bahasa dan Maklumat yang telah dijalankan dari 13 hingga 17 Oktober 2014 telah memberikan semangat kepada anak anak saya kerana ketiga-tiganya telah mendapat tempat... Hari ini berlangsung penyampaian hadiah yang telah dimenangi... Hari ini juga merupakan hari Ulangtahun kelahiran anak Sulong Amir Nur Zikry yang ke-11... Selamat Hari Lahir...

Game Melaka 26 Okt 2014

3-11-2014 8-57-07 AM

Zikry ikut pergi game di Serama Park Melaka. Tapi bolehlah tolong-tolong jaga ayam mas game.

Tuesday, June 10, 2014

Kenduri Cuti sekolah

Baik Lunas baru-baru ni sempat juga menghadiri Majlis Kahwin atas jemputan yang diterima dari 3 buah rumah.

Technorati Tags:

Thursday, May 8, 2014

SK Tanah Putih Sport Day

 

Persembahan Aishah dan kumpulannya..

Tarian hampir-hampir macam sama pada persembahan sebelum ini, cuma rasanya ada sedikit perubahan pada olahan music dan gerakkan tariannya.

Saturday, April 19, 2014

Aishah 6th Birthday

IMG_20140420_113626IMG_20140420_113620IMG_20140420_113616

Birthday aishah tapi dia pun sibuk, tengok aiman tu dia pun nak tiup candle gak.. Birthday cake

 

Birthday Aishah

Training Administrator Course (TAC)

IMG_20140420_083627

Its takes 2 week to finish the course, quite impressive time and have a lot of knowledge which can be use at my school after this. Overall its a enjoyable course with a good time table management by the instructor involved.

Just want to say, thank you to all the instructor especially Mej Nizam, Mej Kdin, Mej Shahrir, Mej Renga and also Kapt Marina Reds. Thanks for the class and knowledge sharing throughout the course. Also thanks to CP yusni for being a good coordinator for the course.

Hope to see you’ll next time, if time does permit.

Result update (29 May 2014)

2014-05-29 10.00.362014-05-29 10.01.22

Technorati Tags:

Friday, November 1, 2013

Konvo tahun 2013..

 

Semua ada konvo.. dulu abah takde pun konvo-konvo.. Apapun Tahniah abah ucapkan.. Semoga besar nanti menjadi orang yang berguna untuk masyarakat..

Gambar konvo Raden Achmad Nur Suleiman

083082

Gambar seterusnya Dayang Mas Nur Aishah

039

042

Syukur Alhamdulillah..

Thumbs up

Selamat Menyambut Hari Lahir Zikry

 

Selamat menyambut hari lahir untuk Amir Nur Zikry pada 27 hb Okt 2013 yang lalu.

Birthday Zikry
Technorati Tags:

Party smileSmileOpen-mouthed smileWinking smileSurprised smileThumbs upBirthday cake

Thursday, July 18, 2013

Majlis berbuka Ikramatic 2013

1069270_620323944666448_1898023284_n1044916_620324234666419_1673579393_n

Majlis berbuka puasa ini di anjurkan oleh Ikramatic Sdn Bhd, bertempat di Mega view kuantan pahang pada 17 Jul 2013. Turut hadir ialah KCK dan CO PLTB III manakala untuk sekolah Sistem MB-339CM dan anggota First Line dihadiri oleh seramai 11 orang anggota di ketuai oleh Encik Chaon.

Technorati Tags:

Sunday, July 7, 2013

Hari Sukan sekolah Aishah

DSCN9712

Hari Sukan Sekolah Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

Hari ini adalah hari sukan sekolah Kebangsaan Tanah Putih Baru, Kuantan Pahang. Aishah terlibat dalam acara sukan dan acara senamrobik. Alhamdulillah rakamannya menjadi dengan baik walaupun nampak macam dia tak ikut rentak yang lain tetapi maybe sebab terlalu excited lah tu.. Tahniah Aishah.

Friday, June 7, 2013

Perbarisan Hari TUDM ke 55

“Penguasaan Teknologi Teras Keupayaan”

Alhamdulillah semuanya baik belaka pada hari ini, jumaat 7 Jun 2013. Berlangsung di Padang Kawat Pangkalan Udara Kuantan.

Beberapa gambar yang sempat dirakam oleh sahabat.

 

Technorati Tags:

Tuesday, June 4, 2013

Malam Armament PLTB III

photo0120

Malam anjuran Udang dan Ganu, terima kasih. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan lagi segala urusan dunia dan akhirat,

Technorati Tags:

Acara Tarik Tali Bowl of Contention..

Acara ini berlangsung pada petang jumaat 31 Mei 2013. Pertandingan ini adalah diantara Mess Pegawai dan Mess Bintara. Pada mulanya aku tak tersenarai sebagai player, tetapi last minit boleh ada team A dan Team B. Oleh itu Team B pun di buat ad hoc.. dan jawapan atau hasilnya juga ad hoc.. Team A menang manakala Team B (Aku) kalah.. Thats the game, mesti ada kalah menang so be it.. just enjoy..

2013-05-31 16.46.41

Gambar bukan main lagi semangat…

Video game kat bawah.. of course dalam video tu menang tapi lastly kalah juga.. Thanks to poji sebab sempat rakam adengan kemenangan.. adengan kekalahan dia tak shot.. tau-tau je dia Team aku nak kalah.

Credit to Muhd Pojie Harun (Video)

Saturday, May 25, 2013